Kata2 aluan

visitor counter and flag counter

free counters

Wednesday, September 7, 2011

Cerita wa..

Thun ni wa skola kt asrama jauh nye kira2 80 kilometer dari rumah wa oleh itu .. mak ayah wa dtg jenguk stiap 3&4 minggu ..blik pun biler cuti panjang je.. wa rasa kat skola tu wa antara org pling x pandai ngan org yg kurang bernasib baik ... Setiap hari ..kne marah...Setiap hari..kena rotan...Setiap hari kene ejek ..... nasib baik periksa wa x delah truk sangat ...macam dalam 5 org wa no. 3 la..(Contoh je..)

**************************
wa nak citer sikit Kisah pada satu hari....ehem2 mse 2 wa ngah solat berjemaah ...
Imam pun angkat takbir dan kemudian rukuk ..masa ngah rukuk tu.tiba2 kawan aku bersin terkeluar hingus sebesar 50 sen eh..x..x.x..tpi,Double 50 sen jtuh kat kaki kwn wa lgi satu... wa mmg dah x le tahan gelak geli ati wa....wa tahan gelak sampai habis imam bgi salam...x cukup lgi..wa tahan sampai habis wirid & baca doa ..Pon x abes lgi mse sume dah bersurai wa pon masih terduduk trgelak x abes2 ..kebetulan masa tu mudir skola wa yg jdi Imam ..pas tu dia panggil wa."Kamu sini skjap".Lantas wa datang lah kedepan untuk mengadap mudir wa..maka terjadilah dialog tersebut;

Wa:Ya,saya (masih tahan gelak)..
mudir:Knape kamu suka?
Wa:Ape? (wa tak beberapa faham apa yg mudir mksud kan)
belum sempat mudir mengulang soalannye wa trus cakap
Wa:Oh,hehe tdi ermm..saya...ermm nampak (nama kwan wa) bersin,keluar hingus dari hidung dia ke kaki kwn saya .
Mudir:Oo.. siapa nama kamu saya lupalah ...
Wa:Faiq...
Mudir:kamu dari mana?
Wa:(tempat tinggal wa)
Mudir:ouh,kamu dari situ..siapa nama kamu tdi?
Wa:(dengan kurang dengar nye wa jawap) saye x tau la..*sambil menundukkan kpala.
kawan2 wa yg ade kat seblah sume gelak...trmasuk mudir wa..
Mudir:saya tanya siapa nama?.
Wa:(sdg menahan malu)ouh nama saya faiq..
*Huh! wa ingat beliau tanya "knapa kmu suka sgt tdi"

*******************************
Hmmm... satu lgi citer laa ... Pada suatu ari ,masa dlm klas tambahan di skolah wa ..kls B.M..Pada minggu lepas cikgu ada bgi homework..pas2 hari ni Cikgu pon wat discussion tntang homework tu.. sorang ,sorang bgi baca soalan beserta jwapan ..sampai sorang nihh.. die bdk spesel sikit die baru drjah 5 tpi dh msuk klas form 1.. die pun bca ngan petahnye..mksud wa lwannye .... sume orng gelak ...
Pada satu petang yg hening , hari cuaca sangat terik wa ngah main bola masa tu main sepak2 je x main tol2 mse tu ade 2 org wa masuk campur diorang main
tpi kene tunggu turn la.. smpai turn wa ...wa shoot ngan bngga nyer.. pdehal x lah tinggi sangat pun lps2 smpai turn kwan aku sorang nih tpi budak spesel tuh nak sepak..wa mmg irihati sama die wa pun halang dpn die .. pastu die ngan kurang diajarnye berkata "apasal ko halang!".wa pun jawap,"dah die nyer turn Ak... x habis wa cakap die potong ayat wa ngan berkata,"Ha..nganjeng!! wa jwab "ko tau x nganjeng tu ape?.Die terus cakap "Bod*h! dah kalah nganjeng hahaha!"wa ngan bengang nyer wa cakap "bod*h? lu tu baca B.m pon pelat.. haaha! die ngan muke selenger nyer dh x tau ckp ape trus berkta "ngajeng,nganjeng!!" wa pon malas dah nk layan..

*P/S:Wa bkn nak mengaibkan die just nak release tension! ;)

Tuesday, September 6, 2011

April Fool



Dulu wa ader ckp yg wa main April Fool kat entry wa.. Tpi wa sudah tahu citer diseblik APRIL FOOL...Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. *so, wa nak minta Maa sebab wa main APRIL FOOL...korang disana jangan lah mmain april fool kepadah yg sudah bca citer ni....RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL...:)

Fakta menarik hari ini :






Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.


Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.

Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.

Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
ialah seberat 1.36 kg.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu negara'.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
kebodohan sendiri.

Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap
haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan
terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.

Cerita lawak Hari ini


Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit
sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Saturday, January 1, 2011

KIAMAT

Berkata Ali bin Abi Talib."Akan datang suatu masa di mana ISLAM itu hanya akan tinggal namanya sahaja,agama hanya bentuk sahaja,

al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut asma Allah.Orang2 yang paling buruk ialah para-para Ulama',dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan datang pada mereka juga.

*******************

Tanda2 besaar Kiamat.. :

  1. Asap.
  2. Dajjal.
  3. Binatang melata di bumi.
  4. Terbitnya matahari sebelah barat.
  5. Keluarnya yakjuj dan Makjuj.

SEKOLAH

Waduhh ..dh nak start skola da x per2 aq skolah 9 Jan XD
aq balek kalau cuti pnjang jer.. huhu sedeyh2 T^T
Lgi bestt skola ke best cuti ntah lerr... annn.....

Malaysia V.S Indonesia ?

HMM Malaysia dan indonesia masih bergaduh ke??
ade separuh dari mereka ingin berdamai ?
baik lah saye ade screenshot nye :

nmpak?
mknenye udah damai ekk?
harap gitu la